ALLAH ingin menjadikan Nabi Ayub sebagai seorang hamba-Nya yang benar-benar teguh keimanannya, tabah, sabar, tetap bersyukur dan sentiasa memuji Allah.
Oleh itu, Allah menguji Nabi Ayub dengan pelbagai ujian termasuklah kehilangan harta benda dan anak-anaknya. Ujian yang paling besar diterima oleh Nabi Ayub ialah ditimpa penyakit kulit yang sangat teruk.
Allah membenarkan iblis untuk menjalankan tipu muslihatnya. Tujuan Allah membenarkan iblis berbuat sedemikian adalah untuk menguji keimanan Nabi Ayub.
Namun begitu, Allah mengetahui bahawa Nabi Ayub mempunyai keimanan dan kesabaran yang tinggi walaupun diberikan pelbagai ujian dan dugaan.
Penyakit kulit yang dihadapi oleh Nabi Ayub sungguh teruk sekali hinggakan baginda tidak berdaya untuk bangun daripada pembaringannya. Semakin hari, badannya semakin kurus dan baginda tidak mampu untuk melakukan sebarang pekerjaan. Mukanya menjadi pucat dan matanya cengkung.
Walaupun Allah mengujinya dengan penyakit yang begitu teruk, tetapi Nabi Ayub tetap beriman dan memuji kebesaran Allah. Penyakit yang dihadapinya memakan masa hingga bertahun-tahun lamanya.
Baginda disisihkan oleh masyarakat dan tidak ada sesiapapun yang sudi menjenguknya kecuali isterinya, Rahmah yang setia menemani, menghibur dan menguruskan keperluannya selama ini.
Walaupun Nabi Ayub diuji dengan penyakit yang begitu teruk, namun iblis masih tidak berpuas hati. Iblis telah menghasut Rahmah, isteri Nabi Ayub supaya bosan dan benci kepada Nabi Ayub.
Pada suatu hari, Rahmah berkata kepada Nabi Ayub, "Sampai mati Allah akan menyeksamu, wahai Ayub? Ke mana perginya anak-anak dan teman-teman kita? Ke mana tubuhmu yang gagah dan sihat itu?"
Alangkah terkejutnya Nabi Ayub apabila mendengar kata-kata isterinya itu. Ternyata isterinya itu juga sudah berubah hati. Baginda berasa sedih kerana isterinya yang dikasihi sanggup berkata begitu kepadanya.
Sejak hari itu Nabi Ayub tidak lagi memandang isterinya. Makan minum yang disediakan oleh isterinya juga tidak disentuh dan dimakan. Nabi Ayub telah bersumpah sekiranya baginda sembuh daripada penyakit, baginda akan memukul isterinya sebanyak 100 kali sebagai hukuman.
Kini tinggallah Nabi Ayub seorang diri menghadapi penyakit yang ditanggungnya itu. Badannya semakin lemah dan tidak berdaya lagi. Lalu Allah menurunkan wahyu-Nya kepada Nabi Ayub supaya menggerakkan kakinya sehingga keluar air. Air itu hendaklah diminum dan digunakan untuk mandi oleh baginda. Nabi Ayub pun menurutinya.
Maka dengan keizinan Allah badannya kembali kuat dan segar. Hilang segala penyakit yang ditanggungnya, malah baginda lebih kuat dan gagah dari dahulu.
Pada masa yang sama, isteri beliau telah melihatnya lalu terus kembali kepadanya. Nabi Ayub teringat akan sumpahnya bahawa baginda akan memukul isterinya apabila sakitnya sembuh. Isterinya itu pernah lalai menguruskan sewaktu baginda masih sakit. Akan tetapi timbul dalam hatinya rasa hiba dan sayang kepada isterinya sehingga baginda tidak dapat memenuhi sumpahnya.
Oleh sebab itu, turunlah perintah Allah supaya baginda melaksanakan sumpahnya dengan tidak menyakiti isterinya iaitu memukul dengan menggunakan seikat rumput yang terdiri 100 helai rumput sahaja.
Saturday, August 1, 2009
Berakhirnya ujian kepada Nabi Ayub
Posted by AM at 10:38 PM 0 comments
Jangan mencaci sesama Islam
SATU hari, ketika Rasulullah SAW sedang berkumpul dengan para sahabatnya berhampiran Kaabah, seorang lelaki asing melintas di hadapan mereka. Setelah lelaki itu berlalu, Rasullullah berkata kepada para sahabatnya, “Dialah ahli syurga.” Rasullullah mengulanginya sebanyak tiga kali.
Berikutan kenyataan Rasulullah itu, timbul perasaan ingin tahu di kalangan para sahabat terutamanya Abdullah bin Umar yang memang dikenali sebagai seorang yang sangat kritikal.
Dia lalu bertanya kepada Rasulullah “Ya, Rasulullah, mengapa engkau katakan itu kepada kami, padahal selama ini kami tidak pernah mengenalinya sebagai sahabatmu? Sedangkan terhadap kami sendiri yang selalu mendampingimu engkau tidak pernah mengatakan hal itu?”
Rasulullah menjawab soalan Abdullah dengan penuh diplomasi dan bijak. Rasulullah berkata, ‘‘Jika engkau ingin tahu tentang apa yang aku katakan, silakan engkau tanyakan sendiri kepadanya.”
Abdullah yang mendengar jawapan Rasulullah itu semakin teruja untuk mengetahui apa istimewanya lelaki tersebut sehingga dia dikatakan sebagai ahli syurga.
Berikutan itu Abdullah berkunjung ke rumah lelaki berkenaan bagi mendapatkan jawapannya.
‘‘Semalam sewaktu engkau melintas di hadapan kami, Rasulullah mengatakan bahawa engkau seorang ahli syurga. Apa yang menjadi rahsiamu sehingga Rasulullah begitu memuliakanmu?'' Lelaki itu tersenyum, kemudian menjawab, “Sesungguhnya aku tidak pernah melakukan apa-apa. Aku bahkan tidak memiliki kekayaan apa-apa. Baik ilmu mahupun harta yang mampu aku sedekahkan, apa yang aku miliki hanyalah kecintaan.
‘‘Kecintaan kepada Allah, kepada Rasulullah dan kepada sesama manusia. Dan setiap malam menjelang tidur, aku selalu berusaha menguatkan rasa cinta itu, sekali gus berusaha menghilangkan perasaan benci yang ada kepada sesiapa saja. Bahkan terhadap orang-orang kafir sekalipun.”
Memelihara perasaan benci dan marah, bererti menyimpan perasaan ego. Wujudnya perasaan benci, bererti adanya sikap untuk menyalahkan orang yang dibenci itu dan menyalahkan orang lain bererti menganggap diri kita sahaja yang betul.
Kita tidak harus lupa bahawa sikap itulah yang ditunjukkan oleh syaitan ketika penciptaan Nabi Adam a.s.
Kisah tersebut memberikan gambaran kepada kita, bahawa perasaan benci, bukan hanya mengakibatkan fitnah dan permusuhan, tetapi juga dapat menimbulkan penyakit batin yang sangat buruk, sekali gus menjauhkan diri dari syurga yang menjadi idaman setiap mukmin.
Posted by AM at 10:34 PM 0 comments
Teman Sejati....
Teman sejati ialah teman yang
memahami masa silam anda
hari ini dalam apa jua keadaan sekalipun...
Posted by AM at 10:26 PM 0 comments
Nafsu ammarah darjat paling hina
SETIAP orang mempunyai nafsu. Ia adalah kurniaan Allah yang bersifat fitrah sebagai pelengkap kepada unsur kemanusiaan di samping akal. Dengan nafsu kita dapat makan dan minum, melakukan itu dan ini memakmurkan bumi, malah beranak pinak. Sebab itu, jika manusia tiada nafsu untuk makan, ini menunjukkan petanda buruk.
Cuma yang berbeza ialah tingkatan nafsu pada diri seseorang. Sesetengah dapat mengawal nafsu, manakala yang lain terikut-ikut telunjuk hawa nafsu, malah kerap terbabas kerana gagal mengawal nafsu.Dalam Islam, nafsu terbahagi kepada beberapa tahap, iaitu nafsu ammarah, nafsu lawwamah, nafsu mulhimah, nafsu muthmainnah, radiah dan mardhiah.
* Nafsu ammarah - Nama ini diambil daripada ayat al-Quran yang menceritakan mengenai pengakuan Zulaikha (Imratulaziz) atas kesalahan dan kesediaannya membuat pengakuan yang Yusuf bersih daripada sebarang keburukan dan kesalahan.Ia adalah nama bagi nafsu di tahap paling rendah. Diri di tahap ini disifatkan al-Quran sebagai yang menyuruh kepada keburukan dan kejahatan. Jika melakukan kebaikan sekalipun hanya sebagai topeng untuk kejahatan. Maksudnya diri manusia dikuasai sepenuhnya oleh unsur kejahatan sehingga manusia menjadi hamba nafsu, bahkan menjadikan nafsu sebagai Tuhan yang ditaati.Manusia yang memiliki akhlak serendah ini nilai baik dan buruk tidak bermakna dan tidak penting. Cuma yang penting baginya ialah yang dapat memenuhi kehendak nafsunya saja. Manusia yang sedemikian akan mendabik dada, kerana berbangga dengan kejahatan yang dilakukan. Diri dalam peringkat terendah inilah yang diistilahkan oleh ahli kerohanian Islam sebagai 'nafsu'.Nafsu ammarah ini mengandungi sifat hina dan tercela, sifat kehaiwanan, syaitan dan bangga diri yang hanya layak bagi Tuhan, seperti sifat takbur, memperhambakan manusia, suka disanjung dan dipuja.Sifat yang nyata pada diri di tahap ini ialah sentiasa bergelora dengan seribu satu macam keinginan nafsu, sesuai dengan sifat semula jadi nafsu rendahnya seperti terburu nafsu, lalai, tamak dan jahil.Malah untuk menunaikan keinginan yang sentiasa bergelora tanpa puas manusia akan menjadi alat dan hamba nafsu menyebabkan mereka dalam sentiasa dalam keadaan sengsara.Al-Quran mengumpamakan seperti seekor anjing yang termengah-mengah dan terjelir lidahnya kerana kepenatan. "Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya dengan ayat-ayat itu. Tetapi ia cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah seperti anjing; jika engkau menghalaunya, ia menghulurkan lidahnya termengah-mengah. "Dan jika engkau membiarkannya ia juga menghulurkan lidahnya termengah-mengah. Demikianlah bandingan orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir." (Al-A'raaf: 176)Diri yang berada pada tahap ini sebenarnya menerima ujian. Diuji dengan sifat rendah dan buruk. Tetapi manusia juga disediakan daya kemampuan untuk menentang, melawan, mengengkang dan mengawal daripada menurut nafsu rendahnya itu.Manusia diuji dengan sifat terbabit bukanlah diminta supaya menuruti keinginan nafsu yang tidak ada batas kepuasannya tetapi untuk menghalang, mendidik dan memandunya sehingga mengenali diri, tabiat dan kelemahannya.Dengan itu akhirnya diri mengenali Tuhan dan mentaati petunjuk-Nya dalam usaha mengatasi kelemahan supaya mereka benar-benar menjadi hamba dan mengabdikan kepada Allah saja.Hanya dengan usaha terbabit nafsu di tahap ini akan dapat meningkat maju ke peringkat yang lebih tenang.
Posted by AM at 10:23 PM 0 comments
Cinta....
Membina perasaaan cinta
bagaikan membina bangunan..
Ketika itu mungkin tangan dan badan
kita akan terluka..
pedih terasa...
Waktu itu bukan bahagia yang datang
tapi kesengsaraan...
Dan yang paling bimbang,
Aku mati menderita sebelum
bangunan itu siap terbina....
Posted by AM at 10:17 PM 0 comments
Kelebihan Syaaban
SAIDATINA Aishah r.a ada berkata, Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
"Semua manusia dalam kelaparan pada hari kiamat kecuali nabi-nabi dan keluarga mereka,juga orang yang berpuasa pada Rejab, Syaaban dan Ramadan. Sesungguhnya mereka dalam keadaan kenyang, tidak lapar dan tidak haus."
Posted by AM at 10:15 PM 0 comments
Wanita Solehah......
Siramilah hati dengan embun kemesraan
dan bajailah ia dengan sepenuh keikhlasan...
Sebaik-baik perhiasan di dunia adalah
Seorang wanita SOLEHAH....
Posted by AM at 10:06 PM 0 comments
Kasih Sayang Allah Terhadap Ummatnya....
Bila Allah cepat makbulkan doamu,
maka dia menyayangimu..
Bila dia lambat makbulkan doamu,
maka dia ingin mengujimu..
Bila dia tidak makbulkan doamu,
maka dia merancang sesuatu yang
lebih baik buatmu..
Oleh itu,
bersangka baiklah dalam apa jua
keadaan, kerana kasih sayang ALLAH
itu mendahului kemurkaannya...
Posted by AM at 9:58 PM 0 comments
Sunday, July 26, 2009
TANDA KEMATIAN MULIA
Posted by AM at 9:16 PM 0 comments
PERSAHABATAN
Persahabatan yang baik akan membawa kita ke syurga dan kalau tersilap, padah membawa ke neraka. Ada yang bertanya, kalau kita berkawan dengan yang baik saja manakala yang bermasalah dibiarkan saja, siapa pula yang akan mendidik dan menegurnya. Sebenarnya sudah lama kita melakukan kesilapan dalam melayani seseorang. Remaja yang bermasalah sepatutnya didekati bukannya dipulau atau diboikot. Cuma mendekati mereka ini memerlukan kekuatan prinsip yang utuh supaya kita yang mendekatinya terutama sesama remaja, agar kita tidak larut dan hanyut terlena serta tertipu kerana tidak kuat prinsip. Pertemuan kali ini bukannya untuk memberi tip, bagaimana mendekati mereka yang bermasalah tetapi ingin bercerita keprihatinan ulama bergaul dengan niat mengubah mereka yang bermasalah.Pada suatu hari Ibnu al-Mubarak berjumpa dengan seorang yang jahat pekerti dan rendah budinya dalam satu perjalanan.Dia terus bergaul dengannya dan berjalan bersamanya walaupun terpaksa menanggung kesabaran atas pekertinya yang kurang menyenangkan itu. Detik berpisah akhirnya tiba. Ibnu al-Mubarak menjadi sebak dan menangis. Apabila ditanya kenapa dia menangis, dia menerangkan:"Aku menangis kerana masih sayang kepadanya. Aku terpaksa berpisah dengannya dalam keadaan dia belum dapat berpisah dengan kelakuannya yang buruk itu."
Posted by AM at 9:06 PM 0 comments